Pusat Tahfiz DIHENTAM Dan DIKRITIK. Inilah Jawapan BALAS Ustaz Kazim Yg Buat Ramai SETUJU !!!

| September 18, 2017 | 0 Comments

Pusat Tahfiz DIHENTAM Dan DIKRITIK. Inilah Jawapan BALAS Ustaz Kazim Yg Buat Ramai SETUJU !!! IPOH – Tragedi pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan segelintir masyarakat terhadap pentadbir dan guru tahfiz.

Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, pihaknya menganggap pihak yang melontarkan pendapat negatif itu tidak memahami kerana tidak terlibat mendidik pelajar terbabit.

“Bersabarlah tunggu siasatan sebelum keluarkan kenyataan menyalahkan pusat tahfiz. Tanpa menjaga sentimen kesedihan, dikutuk tahfiz ini seolah-olah buruk sedangkan suspek bukanlah pelajar tahfiz, siapa yang teruk?

“Rasa sedih bila pihak yang tak pernah menjaga tahfiz kutuk institusi sehingga ada mencadangkannya ditutup tanpa mengetahui pengorbanan guru untuk melahirkan rakyat yang baik agama dan akhlaknya. Pada masa sama, kilang haram yang bahaya kepada kesihatan tak pula ditutup,” katanya menerusi laman Facebook miliknya, semalam.

Mohd Kazim berkata, kerajaan perlu menambah sekolah berasrama penuh tahfiz al-Quran setelah melihat kecenderungan ibu bapa memilih aliran tahfiz untuk anak mereka.

“Kerajaan juga boleh uruskan pendaftaran maahad tahfiz. Kalau pendaftaran pekerja asing boleh diuruskan, agensi terlibat boleh buat semakan, penilaian dan bantuan diperlukan.

“Turunlah padang tinjau kelemahan, kurang dibaiki, jangan hanya datang kerana ada kes. Maahad tahfiz tidak akan boleh berjaya melahirkan persekitaran yang baik jika tidak dibantu secara teratur,” katanya.

Katanya, kewujudan maahad tahfiz persendirian banyak membantu agama, negara dan bangsa.

“Puluhan ribu pelajar tahfiz seluruh negara dididik, dijaga di asrama bukan dengan geran tetap setiap tahun. Dana dicari sendiri dan harapkan yuran memang tidak cukup, belum masuk yang yatim dan miskin semuanya percuma.

“Terima kasih kerajaan dan negeri yang bantu maahad tahfiz ini,” katanya.

Kredit : Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *