Pemilik Kedai Emas Ini TERKEJUT Seorang Lelaki Datang Ke Kedai Emasnya Tengah Malam. Rupa²nya……

| September 28, 2017 | 1 Comment

Pemilik Kedai Emas Ini TERKEJUT Seorang Lelaki Datang Ke Kedai Emasnya Tengah Malam. Rupa²nya…… | HARIAN METRONI -Tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki, membeli hadiah istimewa buat pasangan anda merupakan satu keputusan yang sukar untuk dilakukan. Selain keliru dengan begitu banyak pilihan hadiah yang boleh menambat hati si dia, kedudukan kewangan seseorang juga boleh merunsingkan kita.

Macam mana nak hadiahkan sesuatu jika kita tidak mempunyai wang yang mencukupi kan?

Bagi lelaki dari Taiwan yang bernama Wang ini, dia telah menabung selama dua tahun semata-mata untuk membelikan hadiah paling istimewa buat isteri tercinta.

Beberapa hari lalu, pemilik kedai barangan kemas di Taiwan iaitu Mahua Jewellery terkejut apabila Wang muncul di kedainya dengan membawa sebuah tabung yang dipenuhi dengan duit syiling.

Detik tersebut dikongsikan di Facebook dan meraih tumpuan netizen yang terharu dengan kesungguhan Wang untuk menghadiahkan isterinya barangan kemas.

“Hari sudah larut malam dan seorang pelanggan tiba-tiba muncul di kedai kami dan bertanya sama ada kami menerima duit syiling atau tidak. Katanya mahu membeli barangan kemas.”

Beberapa minit kemudian, Wang dikatakan kembali semula ke kedai tersebut sambil menggendong tabung yang sangat besar dan kelihatan berat.

Wang kemudian memotong tabung tersebut bagi mengeluarkan wang syiling yang disimpannya sejak dua tahun lalu!

“Setelah memotong tabungnya, dia menaburkan wang syiling yang banyak di dalam dua bekas yang diletakkan di atas kaunter. Seramai empat orang pekerja diperlukan untuk mengira kesemua wang tersebut.”

Tambah pemilik kedai emas Mahua, semasa pekerja-pekerjanya sedang mengira wang syiling, Wang sempat berkata, “Saya sudah lama mahu membelikan isteri saya hadiah hari jadi yang sangat istimewa. Jadi, saya mendapatkan tabung ini untuk menyimpan duit setiap hari selama dua tahun. Akhirnya, saya mempunyai wang yang cukup!”

Setelah selesai mengira kesemua wang syiling di dalam tabung tersebut, jumlahnya didapati sebanyak RM4,370! Banyak sungguh simpanan Wang!

Menurut pemilik, mereka pertama kali berhadapan dengan peristiwa yang begitu menyentuh hati. Justeru, mereka memutuskan untuk membantu Wang memilih rantai dan gelang emas yang cantik untuk dihadiahkan kepada isterinya.

Setelah Wang beredar dari premis tersebut, salah seorang pekerja berkata, “Isterinya telah mengahwini lelaki yang tepat. Dia sangat baik hati dan romantik.”

Dedikasi Wang dalam membelikan hadiah istimewa buat isterinya yang tercinta benar-benar mengagumkan ramai pihak. Beruntung sungguh isterinya.

Posted by 美華珠寶銀樓 on Tuesday, September 26, 2017

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *