Inilah Tindakan Polis Ke Atas Sebahagian Suspek Bakar Pusat Tahfiz. Ramai NAK TAHU !!!

| September 27, 2017 | 0 Comments

Inilah Tindakan Polis Ke Atas Sebahagian Suspek Bakar Pusat Tahfiz. Ramai NAK TAHU !!! | HARIAN METRONI : KUALA LUMPUR – Sebahagian suspek yang ditahan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, 14 September lalu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, esok.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah lengkapkan jalankan siasatan terhadap kejadian terbabit dan telah pun berbincang dengan peguam negara.

Menurutnya, esok atau dalam masa terdekat, sebahagian suspek ini akan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

“Hasil siasatan tidak semua suspek yang ditahan ini terlibat membakar pusat tahfiz ini.

“Hanya mereka yang terlibat secara aktif sahaja akan diambil tindakan, yang selebihnya akan disiasat mengikut seksyen lain berkaitan dadah dan lain-lain,” katanya dalam sidang media khas, di Bukit Aman, hari ini.

Mengulas tentang suspek yang ‘tidak aktif’ ini, Noor Rashid berkata, mereka mungkin terdiri daripada rakan-rakan atau juga ada ketika perbincangan dilakukan.

Tambah beliau lagi, berhubung barang bukti pula, pihaknya dalam proses siasatan.

“Kita tidak berpuas hati di tahap itu sahaja. Selagi ada ruang untuk perkukuh bukti, kita akan teruskan sehingga tamat perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, pihaknya turut masih menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat tangkapan suspek.

“Kita masih siasatan bagaimana maklumat itu boleh tersebar kerana ia boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi, 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam kebakaran yang berlaku di tingkat tiga bangunan sementara pusat tahfiz terbabit.

Susulan itu, polis turut menahan tujuh lelaki berusia 11 hingga 18 tahun disyaki membakar pusat tahfiz berkenaan.

Kredit : Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Sosial

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *