Bakar Pusat Tahfiz. Hanya 2 Suspek Akan Didakwa Atas Kesalahan MEMBUNUH !!! |

| September 27, 2017 | 0 Comments

Bakar Pusat Tahfiz. Hanya 2 Suspek Akan Didakwa Atas Kesalahan MEMBUNUH !!! | DUA daripada tujuh suspek kes membakar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, akan didakwa atas kesalahan membunuh dan khianat dengan api.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka bakal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, lima lagi dan seorang suspek utama akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mereka akan dibawa ke mahkamah Jalan Duta pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 16 September lalu, tujuh remaja ditahan reman berhubung kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Hujung yang mengorbankan 23 individu.

Remaja berusia 11 hingga 18 tahun itu ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur khianat yang menjadi punca kebakaran kes itu.

Enam daripadanya berusia 18 tahun ke bawah dan seorang daripadanya berusia 11 tahun.

Sumber : Harian Metro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *