Wanita Tua Ini Meminta² Makanan Pada Pelanggan Sebuah Restoran. Tindakan Seorang Gadis Ini Buat Ramai TERGAMAM !!!

| August 1, 2017 | 0 Comments

Wanita Tua Ini Meminta² Makanan Pada Pelanggan Sebuah Restoran. Tindakan Seorang Gadis Ini Buat Ramai TERGAMAM !!! | Ramai antara kita yang seringkali terserempak dengan mereka yang tidak memiliki tempat tinggal. Mereka hanya tidur di mana kaki mereka terhenti, mereka terpaksa mencari makan dengan meminta-minta kepada orang ramai atau lebih meyedihkan apabila ada antara mereka yang makan daripada sisa-sisa makanan di tong sampah.

Sejauh manakah anda membantu golongan ini? Wanita muda ini memutuskan untuk membantu wanita yang tiada tempat tinggal ini pada saat tiada seorang pun yang mengendahkannya.

Carmen Mendez dari California telah keluar untuk makan malam dengan teman lelakinya di sebuah restoran makanan segera ,apabila dia melihat seorang wanita yang tiada tempat tinggal berjalan ke restoran, meminta makanan daripada orang ramai. Mendez kemudiannya mengambil Facebook untuk berkongsi pengalaman itu.

Tidak seorang pun berkata ya, mereka semua mengabaikannya dan tidak mengendahkannya sehingga membuatkan saya begitu sedih,” tulisnya. “Saya telah terlibat dalam aktiviti sukarelawan dengan orang-orang yang tiada tepat tinggal selama bertahun-tahun.”

Bercakap tentang pengalamannya sebagai sukarelawan, menurutnya lagi mereka (golongan yang tiada tempat tinggal) tidak pernah mengganggunya, malah dia dipeluk dengan penuh kasih sayang oleh golongan tersebut.

Dia memutuskan bahawa dia akan membantu wanita itu dengan memberikannya sisa makanan setelah mereka selesai makan dan jika dia terlihat wanita tua itu lagi.

Setelah gagal mencari wanita itu, Mendez memutuskan untuk membuang makanannya tetapi belum sempat dia melakukannya dia mendengar suara dari arah belakang. Wanita pengemis itu datang kepadanya dan dia akhirnya memberikan sisa makanannya yang tidak dimakannya tadi.

Ketika wanita muda itu menyaksikan wanita tua itu makan, dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. “Saya merasakan saya adalah manusia yang teruk kerana hanya memberikannya sisa makanan,” katanya.

Mendez kemudian memutuskan untuk membelikan wanita tua itu makanan baharu dan ketika dia mahu menbelikan wanita itu makanan dia berpesan kepada pelayan restoran itu supaya tidak menghalau wanita tua itu. Ketika dia menunggu makanan siap, dia perasan bahawa ramai orang sedang memerhatikannya.

Apabila Mendez memberikan wanita itu makanan yang baharu dibelinya, wajah wanita itu bertukar, wajahnya menunjukkan bahawa dia sangat berterima kasih kepada Mendez.

“Pelukkannya membuatkan saya merasakan sesuatu yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini,” katanya, dia menambah lagi, “air mata yang ditumpahkan itu sangat meninggalkan kesan dihati saya.”

Wanita muda itu memegang pengemis tua dan berkata. “Itu adalah saat yang tidak akan pernah saya lupakan.”

“Selepas ini jika anda bertemu dengan mereka yang tiada tempat tinggal, anda harus berfikir dua kali sebelum membuat apa-apa tanggapan. Tidak semua mereka tiada tempat tinggal kerana ketagihan dadah atau kerana mereka malas.”

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Sosial

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *