Isteri Tiba² Jadi Minat Tengok Bola Tapi KANTOI Di Pusat Karaoke Dgn Lelaki Lain. Apa Yg Jadi Slps Itu Buat Dia MERAUNG !!!

| August 8, 2017 | 0 Comments

Isteri Tiba² Jadi Minat Tengok Bola Tapi KANTOI Di Pusat Karaoke Dgn Lelaki Lain. Apa Yg Jadi Slps Itu Buat Dia MERAUNG !!! | Cerita ini berlaku pada tiga tahun lepas. Tapi sengaja saya ceritakan semula untuk iktibar pada semua.

Gambar Sekadar Hiasan. Hasil Carian Google Images.

Saya ada kenal seorang gadis dari selatan. Rupanya cantik bak bulan purnama, baunya seharum kasturi dan orangnya ramping bak kerengga. Pendek kata dia memang sempurna.

Perkenalan kami selama 5 bulan membawa ke jinjang pelamin. Saya sangat bahagia apabila dapat menikahinya. Dia sangat manja dan begitu menggoda. Hari hari pakai singlet dan seluar dalam. Kau gila? Mana boleh tahan.

Hampir setiap malam saya harus ‘bersilat’ dengannya. Itu tak menjadikan masalah pada saya. Saya pun suka dan dia bahagia. Meskipun kami gemar bersilat, tetapi kami tidak dikurniakan cahaya mata.

Tapi yang menjadi satu masalah pada saya, dia menjadi fanatik terhadap JDT secara mendadak. Selepas JDT memenangi liga super, dia sering mengejek ngejek saya. Dia minat Syafiq Rahim si pencinta kucing. Saya okay je. Saya penyokong Pahang. Tapi saya tetap rilek.

Dipendekkan cerita, satu hari dia minta izin saya untuk tonton bola di luar bersama kawan. Saya tak curiga masa tu sebab saya ingatkan dia bersama kawan perempuan. Dia balik agak lewat dan dia beritahu dia hang out untuk kareoke bersama kawan-kawan dia. Saya tidak syak apa-apa. Saya percayakan dia.

Satu hari saya secara tiba-tiba mendapat panggilan dari kawan baik saya, dia beritahu saya yang dia nampak isteri saya bersama lelaki lain di pusat kareoke.

Tuhan saja yang tahu darah saya berderau waktu tu. Saya terus siap-siap dan pergi ke pusat kareoke tersebut. Saya terus hubungi kawan saya dan kami tunggu di luar. Lebih kurang 50 meter dari pusat kareoke tersebut.

Lepas 30 minit tunggu akhirnya mereka keluar. Berpegang tangan macam AA dan AN. Saya cuba kawal emosi. Saya perhatikan mereka pergi ke kereta dan masuk bersama. Kereta itu kereta lelaki tu. Yang saya pelik, mana pergi kawan perempuan yang ambil isteri saya dirumah tadi. Saya dan kawan terus menyerbu kereta tersebut.

Terkejut beruk mereka apabila nampak saya. Saya tidak naik tangan tidak mengenking. Saya hanya menyuruh mereka naik kereta saya. Ya mereka berdua.

Akur dengan permintaan saya, mereka pun ikut. Isteri saya mengangis merayu meminta maaf zahir dan batin. Saya hanya berdiam. Kawan saya ada di sebelah manakala mereka berdua dibelakang.

Ke mana saya pergi agaknya tuan puan?

Ya, saya menuju ke rumah mertua saya. Mak ayah isteri saya. Perjalanan ambil masa sejam setengah. Saya hanya berdiam dan menghisap rokok. Sesekali berbual dengan kawan saya. Saya buat tak peduli dengan mereka di belakang.

Sampai di rumah mertua dalam pukul 1 pagi. Saya ketuk rumah dan beri salam. Adik ipar saya buka pintu terkejut melihat saya isteri ada di depan rumah. Isteri saya sudah meraung. Lelaki tu juga sudah peluk kaki saya meminta maaf.

Mertua saya bangun dengan terkejut. Saya terus menceritakan apa yang berlaku dari mula sampai habis. Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa. Tapi saya tetap bersabar.

Isteri saya juga mengaku dan lelaki itu juga mengaku. Akhirnya kami berpisah secata beradat. Macam mana saya meminang dia dengan baik, dengan baik juga saya melepaskan dia. Sempat isteri saya kena lempang dua kali dengan bapa mertua saya.

Tuan puan sekalian. Kebahagian itu satu misteri. Masa depan itu juga misteri. Hubungan suami isteri itu sukar di duga. Mujur kami tak dikurniakan cahaya mata. Kalau tak jadi satu masalah juga nanti.

Akhir kabar saya dapat tahu, bekas isteri saya sudah menikahi dengan lelaki berwajah pakistan. Saya tertanya kemana lelaki yang bersamanya di kareoke tu menghilang?

P/s: Saya cadangkan kita patut tutup pusat kareoke ni. Sebab menjahanamkan rumah tangga orang. Eee geram je aku.

Sumber : KRT

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *