Bapa Hadir Ambil Skrol Anak Lelakinya Yg Sudah ‘Tiada’ Di Majlis Konvokesyen ILKBS. Ramai Hadirin SEBAK !!!

| August 8, 2017 | 0 Comments

Bapa Hadir Ambil Skrol Anak Lelakinya Yg Sudah ‘Tiada’ Di Majlis Konvokesyen ILKBS. Ramai Hadirin SEBAK !!! | PUTRAJAYA: Ia satu pengalaman bercampur baur bagi Fauzi Nazir, 56, ketika berjalan naik ke atas pentas untuk mengambil skrol anak lelakinya pada majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS).

Ahli perniagaan itu beratur bersama-sama dengan graduan muda yang lain tetapi dia melakukannya untuk anak lelakinya, Mohd Amirul Izuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Jun lalu.

“Saya amat berbangga tetapi pada masa sama sedih. Anak lelaki saya seorang yang rajin berusaha dan dia berjaya memperolehi CGPA 3.75.

“Malangnya, dia tiada di sini hari ini untuk menerima sijil tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik.
“Namun saya hadir untuk mengambil skrol itu dengan rasa bangga,” kata Fauzi.

Mohd Amirul, 21, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhari raya di rumah rakannya.

Insiden itu berlaku di Sungai Besar, Selangor.

Dia merupakan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.

“Anak saya mahu mengikuti pengajian peringkat diploma selepas ini. Sementara menunggu untuk melanjutkan pengajiannya, dia bekerja sambilan di syarikat pembuatan pintu kayu tempat saya bekerja di Johor,” kata Fauzi.

Fauzi berkata dia menggalakkan anaknya untuk mengambil kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kerana merasakan ia menyediakan prospek pekerjaan yang lebih baik.

“Seorang lagi anak lelaki saya turut belajar di IKBN dan mengikuti pengajian kejuruteraan automotif. Bagi saya, bukan sahaja prospek pekerjaan yang bagus, belajar di IKBN juga berpatutan kerana tiada yuran dan elaun turut disediakan,” katanya.

Majlis konvokesyen selama dua hari itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Kredit : Mstar

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *