TERKEJUT Lihat Lelaki Ini Berdiri Di Tengah Jalan Raya. Bila Ditanya Rupa²nya Dia…

| May 14, 2017 | 0 Comments

TERKEJUT Lihat Lelaki Ini Berdiri Di Tengah Jalan Raya. Bila Ditanya Rupa²nya Dia… | Sejak kecil kita diajar untuk bersimpati dan sentiasa menawarkan bantuan kepada mereka yang mempunyai kecacatan atau kelainan upaya.

Namun, seorang lelaki buta di Lembah Klang menjadi tular di Facebook selepas dia dilihat mempergunakan kekurangan yang dimilikinya dan mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang awam.

Seorang lelaki bernama Matt Yk Ong berkongsi di Facebook tentang pengalamannya berhadapan dengan situasi berkenaan.

“Saya sedang meluangkan masa di Bangsar ketika ternampak seorang lelaki buta berdiri di tengah jalan. Seorang lagi lelaki sedang membantunya untuk beralih ke tepi jalan kerana dia menghalang laluan trafik tetapi dia tidak mahu berganjak.

“Saya ingatkan terdapat masalah bahasa jadi saya pergi membantunya, tetapi kemudian saya menyedari bahawa dia tidaklah bingung.”

“Dia tahu apa yang dilakukannya dan tidak mahu berganjak selagi saya tidak memberinya duit. Jadi saya berikan RM1 untuk menenangkannya. Dia ambil wang itu dan tetap berdiri di situ selepas memarahi saya mengatakan wang itu tidak cukup. Dia mahukan RM10 atau RM20. Pada ketika itulah saya mula rakam video ini.”

“Kami sedang bercakap Hokkien di dalam video ini dan ianya lebih kurang bermaksud dia mengugut saya sementara saya sedang cuba untuk menyelamatkannya dari bahaya. Saya tidak marah langsung, cuma sedih kerana dia perlu menggunakan cara sebegitu untuk mendapatkan wang.

“Saya teragak-agak untuk memuatnaik video ini kerana saya tidak mahu dianggap jahat kepadanya, tetapi saya tertanya-tanya jika ianya tidak salah untuk mengugut dan menghalang laluan trafik sebegini. Apa yang boleh kita lakukan?”

Matt dan lelaki itu dilihat sedang tawar-menawar, di mana lelaki itu mengugut dan menyuruhnya untuk pergi.

“Kamu datang menganggu saya, jaga kamu. Siap kamu,” kata lelaki itu kepadanya.

Apabila ditawarkan RM5, lelaki itu menolak dan beralih daripadanya.

Ketika itulah wanita yang berda di dalam kereta di hadapan lelaki itu memberi isyarat kepada Matt dan memberitahu dia sanggup berikan lelaki itu RM10. Selepas mengambil RM10 itu, dia mahu memberikan Matt pelekat sebagai pertukaran tetapi Matt menolak dan memberitahu bahawa dia tidak memerlukan itu. Matt kemudian meminta lelaki itu untuk beralih ke tepi jalan.

Selepas diberikan duit itu, barulah lelaki berkenaan beralih ke tepi jalan dan membenarkan kereta yang dihalangnya itu untuk bergerak.

Berdasarkan komen daripada pengguna Facebook yang lain, ini bukanlah taktik baru pakcik ini memandangkan dia pernah dilihat berada di beberapa kawasan lain termasuk Sri Petaling, SS2, Uptown, Puchong, Taipan USJ, Kota Damansara serta banyak lagi kawasan di sekitar Lembah Klang.

Sedih bila melihat lelaki buta sepertinya terpaksa menggunakan cara sebegini untuk mendapatkan duit. Adakah kerana dia sering mendapat bantuan derma yang sikit?

Just hanging out in Bangsar when I noticed a blind man in the middle of the road. Another guy was trying to help him off it because he was holding traffic up but he didn't budge. Thinking it was a language issue I went up to him to help, but then I realized, he wasn't clueless. He knew exactly what he was doing and wouldn't budge unless I gave him some money. So I gave one Ringgit to pacify him. He took the cash and then continued standing there after berating me that it wasn't enough. He wanted a 10 or 20. That's when I took this video.We're speaking Hokkien in this video and it's basically him threatening me while I try and get him out of harms way. I wasn't at all angry, just sad that he had to resort to this to beg. I was half and half about posting this because while I don't want to villainize the man, I was wondering if it's legal to blackmail and hold traffic like this. What can we do about it?

Posted by Matt Yk Ong on Thursday, May 11, 2017

Sumber : Lobak Merah

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Sosial

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *