Si Tukang Cuci Ini Nak Ubah Hidup Keluarga. Apa Yg Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai TERPANA !!!

| May 5, 2017 | 0 Comments

Si Tukang Cuci Ini Nak Ubah Hidup Keluarga. Apa Yg Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai TERPANA !!! | Benar kata orang, tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita berusaha tanpa berputus asa. Seorang tukang cuci berusia 35 tahun baru-baru ini membuka mata ramai orang selepas membuktikan bahawa usaha dan kerja keras pasti akan membawa kepada kejayaan.

Ramil Comendador dari Catanduanes di daerah Bicol, Filipina bekerja sebagai tukang cuci di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (COMELEC).

Bapa kepada dua orang anak berusia 4 dan 8 tahun itu akui mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kemiskinan. Tidak mahu menerima bayaran gaji yang sama seumur hidupnya, Ramil kemudian membuat keputusan drastik untuk menjadi peguam.

Ramil kemudian mendaftarkan diri di Universiti de Manila di Metro Manila dan memulakan pengajian di sekolah undang-undang selama 5 tahun.

Segala perbelanjaannya diperoleh daripada gaji yang diterima sebagai tukang cuci itu. Meskipun berjerih untuk belajar, bekerja dan mengagihkan masa bersama keluarga, Ramil bagaimanapun tetap tidak lupa akan kebajikan kedua-dua anaknya.

Ramil turut menghadapi pelbagai rintangan sepanjang perjalanannya untuk bergelar peguam. Selepas tamat pembelajaran di sekolah undang-undang, dia akui menerima cabaran yang lebih berat.

Malah, semasa peperiksaan peguam pada tahun 2016, tangannya mula menggeletar disebabkan keletihan melampau. Keadaan itu menyukarkannya untuk menulis di dalam peperiksaan tersebut.

Namun, cabaran itu berjaya ditempuhinya dan Ramil akhirnya berjaya menjadi salah seorang daripada 3,747 peguam yang baru lulus peperiksaan peguam pada tahun 2016 di negara itu!

Kini, Ramil menjadi inspirasi kepada ramai pelajar di luar sana yang sedang berusaha keras demi mencapai impian masing-masing. Tahniah Ramil Comendador!

Sumber : Rappler

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *