Kubur Arwah Adik Thaqif Dikorek Semula. Apa Yg Ibu Arwah Mimpi Buat Si Ibu Lebih TENANG !!!

| May 21, 2017 | 0 Comments

Kubur Arwah Adik Thaqif Dikorek Semula. Apa Yg Ibu Arwah Mimpi Buat Si Ibu Lebih TENANG !!! | Ibu Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, Felda Wani Ahmad, 40, berasa tenang selepas mengalami mimpi bertemu anaknya itu minggu lalu, apatah lagi apabila kubur pelajar tahfiz itu dikorek semula dan jenazahnya tidak bau dan masih dalam keadaan elok.

Katanya, dalam mimpi itu beliau dapat melihat kelibat anaknya duduk di kerusi sambil memegang Yasin yang dihadiahkan Permaisuri Johor.

“Arwah tidak mahu saya terus bersedih,” katanya menceritakan mimpi bertemu Allahyarham anaknya itu minggu lalu, ketika ditemui di Felda Bukit Apng Timur, sebagaimana dilapor Sinar Harian.

Felda Wani berkata, jika sebelum ini saban hari dia akan menangisi pemergian anaknya terutama di hari-hari awal Allahyarham yang merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga itu meninggal dunia.

Bagaimanapun selepas mengalami mimpi itu dia lebih tenang dan lega kerana menganggap ia sebagai petanda bahawa Allahyarham memintanya agar jangan terus bersedih.

“Saya dapat lihat dalam mimpi itu arwah duduk di kerusi dalam keadaan sempurna kedua belah kakinya juga ada. Sebaik mendapat mimpi tersebut perasaan saya agak lega sedikit berbanding sebelumnya.

“Mungkin melalui mimpi itu arwah tidak mahu saya terus bersedih,” katanya.

Katanya, sejak pemergian Allahyarham dia tidak boleh menjamah nasi lemak ayam berikutan makanan tersebut merupakan kegemaran Mohamad Thaqif Amin.

Katanya, selain meminati nasi arab buatan air tangannya, Allahyarham juga sangat menggemari nasi lemak ayam malah ketika hayatnya Allahyarham akan menikmatinya tidak kira masa.

“Saya memang tidak boleh makan nasi lemak ayam sejak pemergian arwah. Malah seminggu sebelum arwah meninggal saya juga ralat kerana arwah ada minta saya untuk masak nasi arab. Masa tu saya ingat mahu masakkan selepas dia keluar hospital namun tak sempat,”katanya lagi.

Ditanya perasaannya selepas dimaklumkan penggalian semula kubur anaknya itu, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Tiram berkata, sebagai seorang ibu sudah pasti perasaannya bercampur baur.

Katanya, apatah lagi jenazah arwah sudah hampir sebulan dikebumikan dan pelbagai andaian bermain di fikiran apabila memikirkan kubur anaknya itu akan digali semula.

“Fikir la sendiri macam mana perasaan saya sebagai seorang ibu. Dalam fikiran saya sudah pastilah fikir kaki arwah mesti sudah berbau dan sebagainya.

“Namun apabila doktor menunjukkan kaki arwah kepada saya sebelum dibawa ke hospital, alhamdulillah tiada bau apa-apa dan masih keadaan baik,” katanya.

Sumber : Ismaweb

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *