Johan MARAH Peminat Mengundi Untuk Dia Menang. Nasihat Johan Ini Buat Ramai Orang TERPANA !!!

| May 14, 2017 | 0 Comments

Johan MARAH Peminat Mengundi Untuk Dia Menang. Nasihat Johan Ini Buat Ramai Orang TERPANA !!! | SHAH ALAM, 14 Mei — Pelawak Johan berasa kurang senang apabila memenangi tiga kategori pada Anugerah MeleTop Era (AME) 2017 bulan lalu.

Johan, nama popular Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, berkata peminat tidak perlu berhabis wang demi memastikan kemenangannya dalam sesebuah anugerah.

“Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa.

“Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik.

“Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya,” katanya.

Selain menjadi pengacara AME 2017 bersama Nabil dan Neelofa, Johan merangkul tiga anugerah yang dipertandingkan.

Tiga anugerah itu ialah artis lawak, penyampai radio dan program radio yang dipilih berdasarkan undian peminat.

Johan berkata kemenangannya pada malam itu tidak menjadi keutamaan kerana komitmen mengacara lebih diutamakan.

“Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit.

“Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit.

“Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan.

“RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit,” katanya.

Sumber :  Projek MMO.

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *