Mencukur Bulu Kemaluan. Selepas Beberapa Hari Apa Yg Terjadi Pada Wanita Ini MENGERIKAN !!!

| April 28, 2017 | 1 Comment

Mencukur Bulu Kemaluan. Selepas Beberapa Hari Apa Yg Terjadi Pada Wanita Ini MENGERIKAN !!!| Seorang ibu kepada tiga orang anak berkongsi pengalaman yang beliau hampir kehilangan kedua belah kakinya akibat terkena jangkitan bakteria pemakan daging selepas mencukur bulu kemaluannya, lapor Daily Mail.

Dana Sedgewick, 44, dari Sheffield berkata, pada Mei 2012, beliau mencukur bulu kemaluannya dengan pencukur jenama baru. Selepas beberapa hari kemudian, Dana berasa tidak sihat dan mendapati ada sedikit jerawat tumbuh di pangkal pahanya dan berdarah.

Pada awalnya, Sedgewick menganggap itu perkara biasa kerana sering mengalaminya selepas bercukur. Namun dua hari kemudian keadaannya semakin teruk dan ruam merah kelihatan di kedua-dua kakinya sebelum bertukar menjadi hitam.

“Seperti wanita-wanita lain, saya cuba mencukur bulu kemaluan saya dengan menggunakan alat pencukur yang baru. Tetapi beberapa hari kemudian saya rasa tidak sihat dan mendapati ada jerawat kecil di paha yang berdarah. Tetapi saya biarkan saja kerana ia sering berlaku.

“Tetapi jerawat itulah yang hampir menyebabkan saya kehilangan kedua-dua belah kaki,” katanya.

Sedgewick dikejarkan ke unit rawatan rapi dan doktor segera membuang kulit pahanya yang telah mati akibat dijangkiti necrotising fasciitis (bakteria pemakan daging).

Sedgewick diletakkan dalam keadaan koma selama 9 hari dan keluarganya dimaklumkan bahawa harapan Sedgewick untuk terus hidup hanya 30% sahaja, di mana buah pinggangnya gagal berfungsi dan jantungnya telah berhenti sebanyak empat kali.

“Apabila saya bangun, saya mendapati kedua belah kaki saya dibalut dan saya tidak tahu apa yang berlaku sepanjang 9 hari itu. Saya ingatkan saya terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Jika Sedgewick pulih dari penyakit itu, beliau perlu menjalani 21 pembedahan untuk membaiki kerosakkan pada kulitnya. Dalam masa yang sama doktor turut memberi amaran bahawa beliau tidak akan dapat berjalan lagi.

Mujur dengan sokongan suaminya, Matthew, 47, Sedgewick kini telah pulih dan boleh berjalan menggunakan tongkat serta kembali ke rumah dengan anak-anaknya, Megan, 18, Freya, 14, dan Klara, 9 tahun.

“Saya sangat bernasib baik masih hidup sehingga ke hari ini,” katanya.

Enam minggu kemudian, Sedgewick dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani 21 pembedahan susulan bagi membaikpulih kulit kakinya yang terjejas.

Sumber : The Reporter

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Pelik/Seram

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. N says:

    So. Ini disebabkan pencukur tu atau sebab mencukur ?
    Kena tahu jugak ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *