Takut Dan Bimbang Tinggal Anaknya Seorang Diri, Inilah Tindakkan Nenek Ini Yang Buat Ramai MENANGIS !!!

| March 14, 2017 | 0 Comments

Takut Dan Bimbang Tinggal Anaknya Seorang Diri, Inilah Tindakkan Nenek Ini Yang Buat Ramai MENANGIS !!! | Kasih sayang dan pengorbanan ibu tiada gantinya. Mereka sanggup membahayakan dan membebankan diri mereka sendiri demi anak tercinta. Rakaman video seorang warga emas bersama anaknya yang lumpuh menjadi viral baru-baru dan telah menyentuh hati ramai netizen.

Gambar dan video itu dimuat naik oleh pengguna Facebook, Gilbred Cargason Alsagon Jr pada hari Sabtu, 11 Mac. Kejadian itu berlaku di sebuah bank di bandar Roxas, Filipina.

Warga emas itu dikenali sebagai nenek Juliet dan anak gadisnya dikatakan lumpuh sejak berusia 3 tahun. Dua beranak itu tinggal bersama tanpa bantuan dari sesiapa dan nenek Juliet akan membawa anaknya ke mana sahaja dia pergi kerana bimbang gadis itu akan dirogol jika ditinggalkan berseorangan. Nampak sangat terlalu banyak kes dah berlaku…

Pada saat-saat awal video, warga emas itu dilihat memegang tangan anaknya untuk dikendong selepas selesai urusan di salah sebuah kaunter bank tersebut. Turut kelihatan, seorang pengawal keselamatan yang turut membantu menahan anaknya daripada terjatuh.

Sebaik sahaja berjaya menarik dan meletakkan tangan anaknya di bahu sebelah kiri, nenek Juliet terus tunduk untuk menampung berat bagi menaikkan anaknya ke bahagian belakang dan menghenjut sambil menarik kaki anaknya ke depan untuk dikendong.

Post tersebut berjaya mendapat lebih 40,000 likes dan hampir 30,000 perkongsian di Facebook. Ternyata, dengan hanya video berdurasi 10 saat itu sudah cukup menunjukkan betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu.

Bagi seorang warga emas yang sudah tidak mempunyai tenaga dan kudrat yang kuat, tindakan nenek Juliet itu ternyata menyentuh perasaan ramai apabila sanggup membebankan diri dan mengerah tenaga untuk membawa anaknya ke mana sahaja.

Di akhir statusnya, Gabriel memberitahu bahawa rakannya telah pun menyumbang kerusi roda kepada keluarga itu melalui Pusat Kesihatan Bandar Roxas. Terima kasih!

Hebatnya pengorbanan yang sanggup dilakukan seorang insan bergelar ibu. Adakah kita sudah cukup berkorban dan membalas jasa mereka? Tepuk dada, tanya selera.

Tonton video yang menyentuh perasaan itu di bawah:

Sumber : Facebook Gilbred Cargason Alsagon Jr

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *