Ingat Lagu Nenek² Sibongkok Tiga?. Boleh Terkena Saka Keturunan Dan Ini Tanda² Saka Nenek Kebayan !!!

| March 14, 2017 | 1 Comment

Ingat Lagu Nenek² Sibongkok Tiga?. Boleh Terkena Saka Keturunan Dan Ini Tanda² Saka Nenek Kebayan !!! | Tahukah anda lagu yang Sering Kita nyanyikan ketika Kita kecil lagu #NenekSiBongkokTiga. Ada berkaitan pada Siapa yang terkena Gangguan Saka keturunan. #NenekKebayan.
Di bawah saya terangkan lagu tersebut :

Gambar Sekadar Hiasan

1) Nenek, Nenek Si Bongkak Tiga ,Siang Megantuk Malam berjaga.

Maksudnya:
Sesiapa yang terkena Gangguan Saka Nenek ini, mereka akan kerap Mengantuk di waktu siang, kerap sakit kepala manakala Sebelah malam tidurnya gelisah sukar tidur malam.

2) Mencari Cucu Di Mana ada Nenek ku kahwin Dengan Anak Raja.

Maksudnya:
Siapa terkena Gangguan ini, Memilih pasangan hidupnya amat sukar. Bila dah nak kahwin je tak Jadi, Bila berkawan je cepat panas baran dengan pasangan. Maksud Raja di atas Segala kemahuannya hendak di turuti, terutama pada pasangan yang berkahwin. Bila ia bergaduh, yang terkena Gangguan ini setiasa hendak mendengar katanya, walaupun ia Salah dia sukar hendak memohon Maaf Dan mulakan dulu, Cepat Berkecil Hati dengan semua orang Berhampiran dengannya Dan hendak di layan dengan penuh kasih Sayang Dan di manja. Masalah Saka ini menjadi panas pada pasangan Suami Dan Isteri..

3) Cucu tak dapat lari,Nenek Tua banyak Sakti..

Maksudnya:
Dalam perubatan Islam pengalaman saya Hendak Merawat Saka Nenek Tua ini mmg amat sukar. Ia amat licik. Kadang² Bila Kita ruqyah Ia masuk dalam Tubuh pesakit, Macam² beliau janji, janji nak keluar, janji nak jaga la, Tapi semuanya menipu. Bila dah berubat ke sana Ke sini Kejap je hilang lepas itu ada balik. Ia datang balik. Memang tak di nafikan Saka Nenek kebayan ini penuh dengan muslihat. Bila di ruqyah ada juga Saka Nenek kebayan ini ketawa dgn nyaring, Dah macam² saya jumpa tetapi dalam banyak² Saka Nenek Kebayan la paling Banyak muslihat Dan kuat.

4) Sekarang Juga Nenek Mencari Siapa Kena Dia Yang Jadi..

Maksudnya..
Nenek tua ini sentiasa Mencari Waris Dan keturunannya. Siapa yang paling lemah semangat dia la yang kena. Dia sentiasa Mencari keturunannya yang lemah semangat untuk Nenek tua ini berdamping..

Apa pun bait² lagu Nenek Si Bongkok Tiga ini memang penuh dengan misteri. Siapa yg mengalami Gangguan Saka ini sahaja yang memahami APA yg di Lalui..

Apa yang saya tulis di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri Merawat pesakit Saka Nenek kebayan ini..

Tanda² orang yang mengalami Gangguan Saka Nenek kebayan ini, kerap sakit belakang, belikat, kerap sakit kepala, selalu kembung perut, Rambut banyak gugur, kitaran haid x normal, sukar dapatkan Zuriat, Panas dengan pasangan, kerap mimpi baby, menyusukan baby, bermain dengan baby, kerap mimpi nenek tua, kerap nampak kelibat Nenek tua.

Jika izin Allah InshaaAllah Sembuh.. Kekuatan pada diri sendiri amat penting bagi pesakit yg terkena Gangguan ini..
Jangan putus asa berubat,jgn lemah semangat ,Banyakkan zikir Dan Amal ibadat InshaaAllah Semuanya di permudahkan Allah..

Moga gangguan di atas terhindar berlaku pada diri kita,pasangan Kita Dan family kita Aamiin Ya Allah.

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al- Mujahidin

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Pelik/Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *