Ternampak Wanita Menyelongkar Tong Sampah. Tindakkan Lelaki Ini Buat Ramai GEMBIRA !!!

| January 18, 2017 | 0 Comments

Ternampak Wanita Menyelongkar Tong Sampah. Tindakkan Lelaki Ini Buat Ramai GEMBIRA !!! | Pengalaman beliau melihat seorang wanita menyelongkar dan memakan sisa makanan dari tong sampah telah membuka mata Minu Pauline, seorang pengurus restoran di Kochi, India. Pada malam itu juga Pauline sedar bahawa restoran miliknya banyak menghasilkan lebihan makanan saban hari yang boleh diberikan secara percuma kepada wanita yang kelaparan itu tadi.

Pengurus restoran Pappadavada itu kemudiannya memikirkan sebuah idea bernas! Beliau meletakkan sebuah peti sejuk yang mengandungi lebihan makanan dari restoran tersebut dimana makanan didalam peti ais diberikan secara percuma. Ramai di antara yang bergelandangan dan yang kelaparan kini mengambil makanan dari peti sejuk itu pada bila-bila masa.

Peti sejuk itu berfungsi bagaikan sebuah mesin layan diri di mana ianya beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Pauline akan meletakkan antara 75 hingga 80 bekas makanan didalam peti tersebut setiap hari. Pelanggan-pelanggan restoran juga turut meninggalkan bekas-bekas makanan.

Di dalam temu bualnya dengan Huffington Post, Pauline menjelaskan bahawa walaupun wang merupakan hak milik individu, sumber alam yang digunakan adalah hak milik bersama. Jadi sekiranya anda membazirkan wang anda, anda juga membazirkan sumber alam yang merupakan hak milik bersama.

Peti sejuk tersebut kini diletakkan dibawah lindungan pokok di hadapan restoran Pappadavade dan diberi gelaran “nanma maram” yang bermaksud “pokok kebaikan.”


P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Sosial

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *