Suami Cacat Akibat Terlibat Kemalangan. Apa Yang Si Isteri Lakukan Semasa Suami Sakit MENGEJUTKAN !!!

| January 2, 2017 | 0 Comments

Suami Cacat Akibat Terlibat Kemalangan. Apa Yang Si Isteri Lakukan Semasa Suami Sakit MENGEJUTKAN !!! | Seorang perempuan mengandung, call, whatsApp dan email saya mohon nak datang sini. Dia kata badan lemah, muntah-muntah, morning sickness, tak boleh bekerja. Dah berhenti kerja. Katanya dah 5 bulan mengandung. Saya minta supaya buat pemeriksaan di klinik swasta dulu sebab nak tahu tempoh sebenar kandungan dan tarikh dijangka melahirkan.

Dari malam tadi saya mendapat panggilan telefon. Oleh kerana dah lepas 10.50 malam, saya tidak jawap panggilan. Lagi pun masa tu saya sedang menyiapkan dokumen-dokumen untuk dihantar pagi tadi ke JKM. Banyak misscall.

Siang ni, ada seorang lelaki mengaku suami berwhatsApp dengan saya, tanya tentang perempuan itu. Suami tunjuk kad nikah.

Masya-Allah…rupanya mereka masih suami isteri. Tetapi bergaduh, isteri merajuk bawa diri. Isteri sudah mengandung. Suami payah nak terima hakikat isteri mengandung tu anak dari benihnya kerana beberapa bulan mereka tidak bersama kerana suami terlibat dengan kemalangan. Ketika sakit terlantar hingga terpaksa menggunakan kerusi roda, suami telah pulang ke kampung untuk dijaga oleh ibu kerana isteri bekerja.

BULAN MEI HINGGA SEPTEMBER TAK PERNAH BERSAMA

Dari bulan Mei hingga September mereka tidak bersama. Alih alih isteri telah mengandung 5 bulan. 20 minggu. Jika isteri mula mengandung sebelum Mei, sekarang dah dekat 8 bulan, jika selepas September mula mengandung, kiranya baru 3 bulan. Tempoh kandungan ini telah menimbul kecurigaan suami hingga menyebabkan suami isteri bergaduh.

Saya kasihan dengan keadaan suami. Suami baik dengan keluarga mertua tetapi serba salah untuk menerima anak di dalam kandungan isteri. Isteri pulak, selepas bergaduh terus menghilangkan diri. Hingga sekarang tidak ada khabar berita.

Malam semalam tu selepas dia keluar rumah, isteri masih menghubungi suami memaklum yang telah selamat tiba di Baitus Solehah. Pukul 10.30 malam kot, mana pernah Baitus Solehah menerima pendaftaran masuk. Siap bagitahu sedang isi borang dan disuruh membotakkan rambut ketika itu juga. Lama jugalah dia berwasap hingga jam 12.02 malam.

MUNGKIN KERANA TELAH CACAT…

Untuk makluman semua, sebaik sahaja tiba di Baitus Solehah, perkara pertama yang dimaklumkan ialah penggunaan telefon. Boleh serah pada keluarga atau kepada pengurusan Baitus Solehah. Jika datang sendiri, sudah pasti telefon terus kena serah. Takde nya boleh berwasap-wasap lagi hingga tengah malam. Selalunya jika saya sendiri yang jemput di Hentian Bas, sebaik naik kereta, telefon terus kena serah.

Jelas isteri ini telah berbohong dengan suaminya. Sebab itu suami menghubungi saya untuk mengesahkan adakah isterinya benar benar telah sampai ke Baitus Solehah. Rupanya kena tipu dengan isteri.

Hari ini suami ini telah memaklumkan pada saya, dia telah ke Pejabat Agama untuk melepaskan isteri secara baik. Mungkin keadaan dirinya sekarang yang telah cacat selepas kemalangan menyebabkan isteri telah tawar hati. Cumanya caranya telah memakan diri sendiri. Jika isteri minta cara baik unyuk dilepas, mungkin suami akan mempertimbangkan.

Sedihkan….

Moral cerita :

  1. Curang dengan suami waktu suami dalam kesusahan
  2. Berbohong dengan suami apabila mahu keluar dengan mengatakan mahu ke Baitus Solehah untuk belajar agama dan memperbaiki diri, sedangkan sebenarnya tidak datang. Oleh kerana dia mengakui kesalahan dan menyatakan taubat dan mahu berubah, maka suami membenarkan.
  3. Memberikan fakta yang tidak benar tentang Baitus Solehah
  4. Mengada-adakan situasi tidak benar tentang Baitus Solehah

Berhati hatilah…

Baitus Solehah tidak bersekongkol dengan orang yang suka membuat tipu daya. Niat yang tidak jujur telah menghalang untuk dia tiba ke Baitus Solehah.

SCREENSHOT DIHANTAR OLEH SUAMI KEPADA PIHAK BAITUS SOLEHAH

Telefon disimpan oleh pihak pengurusan, takde mak limah di sini yang pegang telefon orang.

(1) Nak bincang apa tengah tengah malam. Lawatan tetamu selepas maghrib pun tidak dibenarkan apatah lagi pendaftaran masuk. (2) Waktu pendaftaran masuk kita tidak bincang sampai jauh ke sini, sekadar taklimat peraturan sahaja.

(1) Keluarga hanya boleh telefon 2 minggu sekali sahaja. Pandai pandai kata boleh telefon seminggu 2 kali. Masa telefon pukul 8.00 pagi dan 5.00 petang sahaja. Malam tidak dibenarkan. (2) Sejak bila saya pernah tulis ada kuliah isyak? Lepas solat isyak dah tidor.

Kredit :
Muna liza binti Ismail

P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Pelik/Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *