Selepas DIKECAM Netizen Gara² Memanjat ‘IPOH’ Dan MBI Lapor Polis. Inilah Tindakkan TERKINI Mereka !!!

| January 2, 2017 | 0 Comments

Selepas DIKECAM Netizen Gara² Memanjat ‘IPOH’ Dan MBI Lapor Polis. Inilah Tindakkan TERKINI Mereka !!! | Ipoh: Kumpulan pendaki yang melakukan aksi bahaya memanjat mercu tanda ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di sini tampil memberi keterangan kepada pihak polis pagi ini.

Difahamkan lapan individu terbabit tampil bagi membantu siasatan berhubung tindakan mereka lakukan itu.

Menurut sumber kumpulan berkenaan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Kesemua mereka diambil keterangan dan setakat ini lapan individu yang tampil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis minta semua individu yang terbabit memanjat mercu tanda ‘IPOH’ tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung tindakan berbahaya yang mereka lakukan itu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis dibuat seorang pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhubung kejadian berkenaan.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya,” katanya.

P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Sosial

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *