Menantu Lelaki Pilihan Dan Kesayangan Ayah Tetapi Ini Cara Dia Layan Ayah Buat Aku TERSENTAK !!!

| January 2, 2017 | 0 Comments

Menantu Lelaki Pilihan Dan Kesayangan Ayah Tetapi Ini Cara Dia Layan Ayah Buat Aku TERSENTAK !!! | Assalamualaikum.. Terlebih dahulu aku ucapkan ribuan terima kasih pd Admin Sudi siarkan luahan ini. Aku mengharap agar ianya menjadi pengajaran buat semua. Cinta Ayah adalah yg terindah.

Aku seorang wanita yg sudah berkahwin dan mempunyai 2 org anak.Boleh dikatakan aku anak kesayangan dia.

Ayahku seorg imam masjid kampung. Lelaki yg aku kahwini adalah seorang lelaki yg dipilih oleh ayahku. Maksudnya aku bukan bercinta lagi dgn suami, aku bawa jumpa ayah aku terlebih dahulu dan ayah aku cakap, dia lelaki yg baik. Perkenalan aku dgn suami mengambil masa 6 bulan dan terus berkahwin. Dia juga bekas penuntut IIUM.

Ayah aku yg mengakadkan pernikahan aku. Suami aku merupakan menantu kesayangan dia. Namun, apa yang aku bakal ceritakan ini merupakan konflik dalaman sehingga aku tak mampu bersuara pada sesiapa.

Sejak berkahwin, aku boleh kira berapa kali je aku balik jenguk ayah. Aku dah pun kehilangan ibu. Wajah aku pula saling tak tumpah macam arwah ibu. Mungkin juga pengubat rindu untuk ayah bila dia tgk wajah aku. Aku juga rindu sangat dgn ayah aku. Banyak kali bila aku balik, suami aku macam tak ikhlas layan ayah aku. Kalau balik keluar bilik time nak makan, mandi dan tgk tv.

Berbual hanya bila disoal. Sepatah gitu jer. Sedih aku bila tengok reaksi ayah aku. Aku juga malu.. Malu bila dialah menantu kesayangan ayah aku. Tapi hambar sangat layanan dia. Acuh tak acuh. Senyum tak, ape pun tak. Kadang aku terfikir juga, apa salah ayah aku sampai dia buat macam tu.

Balik setahun sekali. Balik time raya je. Itupun 2-3 malam je di rumah ayah aku. Sedangkan aku, tinggal dengan family dia 5 tahun, aku tak pernah ungkit sikitpun kejahatan family dia pada aku. Aku butakan mataku, pekakkan telinga ku, untuk terima semua kesalahan mereka. Aku masak, mengemas, basuh baju semua tanpa aku kenal erti lelahnya aku.

Aku masih tinggal di rumah mertua walaupun aku dah 5 tahun berkahwin. Aku cuma mengharap agar aku boleh balik saat ayah aku masih bernyawa. Banyak kali aku telefon ayah aku dengan suara menahan sendu, ayah aku tanya kenapa suara tu, lain je bunyi. Aku tipu ayah aku cakap aku selesema. Aku tak mahu ayah aku tahu keadaan aku. Aku takut dia risau.

Tapi hati ayah mana yang boleh menipu kan, dia tahu hati anak dia. Anak dia. Dia cuma cakap, ape jua dugaannya, bersabarlah. Maafkan dan teruskan berdoa. Itulah ayat ayah aku setiap kali telefon. Namun hati aku tak siapa tahu. Kerinduan pada insan bernama ayah tak mampu hilang hanya mendengar suara.

Bohongla jika aku tak pernah bergaduh dgn suami ttg hal ni. Banyak kali.Last aku bergaduh sampai aku sujud dikaki dia. Merayu. Itulah kali terakhir aku bergaduh dgn suami. Isu untuk balik kampung jer. Aku da tak sanggup lagi bergaduh. Bila bincang baik2, tak pernah ending baik. Kesudahannya aku memendam rasa.

Dia marah macam marah ape. Aku tak diberi hak utk aku sebagai anak. Yes, tanggungjawab aku pada suami. Tapi suami jangan lupa, kami juga ada ayah yg membesarkan kami.. Kasihanilah kami. Kami juga teringin membalas jasa mereka. Kami masih lagi dibintikan oleh ayah kami.

Oleh kerana aku rapat dgn ayah aku, aku selalu buatkan kopi untuk ayah aku. Bila ayah mertua aku nak minum, aku yg buatkan. Bila aku tengok garisan kedut ayah mertua aku, aku teringat ayah aku, macam tu juga ayah aku. Dah tua kan dia. Sihat ke agaknya? Dah makan ke? Huhuhuhu.Suami aku tanya, awak rindu ayah ke? Mestilah aku rindu ayah aku! Tapi dia sekadar tanya. Buatkan aku lagi terseksa dgn rindu kat ayah aku.

Aku sedih. Aku ingin mendakap ayah aku. Cium tangan. Tengok senyumannya. Dulu tangan tu lah yg membesarkan aku menjadi aku seorang gadis, lalu dihulurkan kpd seorang lelaki yg bernama suami utk aku dicintai dan dihargai sepenuh hati sepertimana yang ayah aku jaga aku dulu.

Namun, cinta Ayah bukanlah boleh diganti dengan cinta dari Suami. Kerana cinta ayah kasih sayang yg tiada penghujungnya. Cinta ayah yang takkan pernah menyakiti hati seorang perempuan bernama anak.

Aku confess kerana ia tiada penyelesaiannya. Bila aku bincang dgn suami, mula2 ok. Bila sampai kat kampung, dia moody dari sampai rumah sehinggalah balik rumah dia. Jarak kampung aku dengan rumah mertua bukanlah terpisah dengan benua pun. Dalam negeri yang sama. Huhuhuhu..isu kewangan bukanlah isu besar. Dia mampu. Sangat mampu. Isunya dia tak suka. Dia x pernah anggap family aku wujud. Dia cuma kahwin dengan aku sorang….huhuhuhu.

Apa lagi aku nak rasa selain dari menahan keperitan sendirian. Tangisan yang takde siapa mendengarnya. Hanya bermonolog sendirian. Aku tak pernah luahkan pada sesiapa hatta pd adik beradik. Aku malu. Aku cuma mengharap suami aku faham. Bukan aku minta balik tiap bulan pun. cuma aku mengharap, balikla dengan hati yang ikhlas. Layanlah ayah aku sewajarnya sepertimana memberi layanan istimewa utk family dia.

Apa lagi aku mampu untuk perbaiki semuanya. Aku takut aku balik ketika Allah tarik nyawa ayahku. Adakah saat itu dia lepaskan aku pergi utk melihat jenazah ayahku? Hanya setelah aku kehilangannya?? Jangan sayang. Aku telahpun kehilangan ibu…

Janganlah dikau membuat aku yatim piatu sebelum sampai waktunya.Rindu pada seseorang yang telah meninggal, lain. Sedang rindu pada insan yg masih bernyawa tetapi tak mampu untuk berjumpa itu lagi pedih. Aku masih ada ayah. Dan mungkin dikau lupa, bahawa kau juga seorang ayah kpd Anak Lelaki dan Perempuanmu.

Seandainya, anak gadis ini dikahwinkan dgn lelaki yg hanya mementingkan familynya, tanpa memikirkan dirimu, apa perasaan mu ketika itu? Bayangkan perasaan ini.

Jika aku boleh mengganggap keluarga dia sama seperti keluarga ku, kenapa dia tak boleh buat begitu? Adakah kerana ego?

Cinta Ayah tiada tandingannya. Aku sayang ayah aku sampai nyawa terpisah dari badan.

Kasih sayang tiada gantinya…
Terima kasih ayah, ayah adalah lelaki yang takkan pernah menyakiti hati seorang insan bernama anak..

Sumber : IIUMC

P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *