Selepas Pelbagai Khabar Angin Tentang Tempoh Penukaran Kad Bank. Akhirnya Bank Negara Buat PENJELASAN !!!

| December 18, 2016 | 0 Comments

Selepas Pelbagai Khabar Angin Tentang Tempoh Penukaran Kad Bank. Akhirnya Bank Negara Buat PENJELASAN !!!| KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan pihak bank bakal mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tidak menukar kepada kad baharu dalam tempoh yang ditetapkan.

BNM dalam satu kenya­taan menerusi Facebook hari ini turut menegaskan, orang ramai masih boleh menggantikan kad tersebut di mana-mana bank secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu.

“Bank Negara sekali lagi menegaskan bahawa orang ramai boleh menggantikan kad debit secara percuma di bank masing-masing.

“Orang ramai juga masih boleh terus menggunakan kad mereka sedia ada di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, pihak bank dikehendaki memberikan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah untuk penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad sedia ada untuk transaksi pembelian.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.bnm.gov.my atau melalui kaunter BNM atau menghubungi talian 1 300 88 5456.

Baru-baru ini, orang ramai mula menyerbu bank untuk menukarkan kad bank mereka kerana bimbang kad tersebut tidak dapat digunakan dan akan dikenakan caj selepas satu mesej amaran mengenainya menjadi viral di laman-laman sosial.

Sumber : Kosmo! Online

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *