KEJAM. Mayat Budak Lelaki Diawet Dan Kakaknya Krtikal DIDERA Ibu Dan Teman Lelaki !!!

| November 24, 2016 | 0 Comments

KEJAM. Mayat Budak Lelaki Diawet Dan Kakaknya Krtikal DIDERA Ibu Dan Teman Lelaki !!! | Sungai Petani: Mayat budak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan manakala kakaknya,4, kritikal dan dirawat di hospital selepas mereka dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya dalam kejadian di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, awal pagi ini.

uyi

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis tiba di lokasi jam 2 pagi dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya berusia empat tahun dipukul oleh teman lelaki dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

 “Wanita terbabit kemudian memberitahu anak lelakinya berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelakinya itu dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik.

 “Hasil pemeriksaan oleh anggota polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan dibalut dengan (tilam) toto, kain batik dan pita perekat,” katanya di sini.

polissiat-transformed_0 tongika-transformed

 Md Zukir berkata, pihaknya kemudian menahan suspek lelaki berusia 34 tahun itu serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan jam 6 pagi tadi dan kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

 “Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu.

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *