Isteri Dipukul Diliwat Dan Didera. Tindakkan Si Isteri Ini Selepas Suaminya Lumpuh Buat Ramai MENGALIRKAN AIR MATA !!!

| November 17, 2016 | 0 Comments

Isteri Dipukul Diliwat Dan Didera. Tindakkan Si Isteri Ini Selepas Suaminya Lumpuh Buat Ramai MENGALIRKAN AIR MATA !!! | Sesiapa sahaja pasti mengimpikan satu kehidupan perkahwinan itu dengan penuh bahagia dan indah. Di dalam perkahwinan itu akan membuat pasangan merasakan tenang, harmoni dan selesa. Maka Islam menyuruh umatnya supaya mencari pasangan yang mempunyai pegangan agama yang kukuh.

fgfcb

Lain pula perkongsian seorang wanita ini yang menceritakan pengalaman perkahwinan beliau. Timbul rasa amarah geram dan sebagainya bila membaca kisah beliau apabila seorang suami yang diamanahkan sebagai ketua keluarga sanggup memukul dan mendera isterinya sendiri. Benar doa orang yang zalim itu dimakbulkan oleh Allah. Semoga kakak ini tabah dalam menjalani kehidupan.

Suami Kuat Agama Namun Seringkali Diliwat Dan Dipukul

Doa orang yang teraniaya tiada hijabnya.

Minggu lepas saya dihubungi seorang kakak. Beliau kongsikan penderitaan didera suami selama 27 tahun & minta saya kongsikan di sini sebagai pengajaran untuk semua. Kebanyakan mesej beliau dalam bahasa inggeris, jadi saya ceritakan semula supaya semua boleh faham.

Kakak ni seorang wanita bekerjaya. Berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga. Mak ayah beliau suka sangat dengan lelaki tu sebab beragama. Senang cerita, selalu berjemaah di masjid & kalau bersembang dengan orang mulut tak lepas sebut nama Allah, nabi, dan cakap pasal islam.

Mula-mula kawin semuanya indah belaka sampailah satu hari, suaminya minta bersetubuh dari belakang. Kakak ni menangis, merayu, meronta-ronta kata jangan. Suaminya jadi marah, tumbuk muka sampai mulut berdarah. Dan beliau diliwat tanpa belas kasihan. Mulai hari tu, setiap kali bersama, beliau akan dipukul & diliwat. Tapi suaminya pandai, dia pukul kat tempat tersembunyi supaya anak-anak & orang lain tak nampak kesan lebam, terutamanya dipayudara.

1

Masih Menjalankan Tanggungjawab Walaupun Suami Lumpuh

Macam tu lah selama berkahwin. Suaminya memang baik, tiap hari ke masjid. Jalankan tanggung jawab sebagai suami, ayah, dan ketua keluarga. Disayangi semua orang. Kerja bagus. Tapi suka meliwat & belasah isteri bila bersama. Sampai satu masa, beliau dah tak tahan. Setiap hari berdoa supaya Allah ambil nyawa atau cacatkan suaminya. Bertahun-tahun kakak ni menangis sambil berdoa. Beliau takde tempat nak luahkan perasaan. Kalau cerita pada orang, beliau takut takde siapa yang percaya sebab dimata masyarakat, suaminya orang yang disanjung tinggi.

Satu hari mereka kemalangan jalan raya. Suaminya cedera parah. Sekarang suaminya lumpuh, tak boleh bergerak. Beliau yang menjaga suaminya siang malam. Setelah 27 tahun menderita, bertahun-tahun berdoa siang malam, akhirnya Allah perkenankan doa beliau agar tidak didera lagi. Hebatnya kakak ni, tetap jalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri.

2

Sesungguhnya doa orang teraniaya tiada hijab disisi Allah. Jika teraniya, jangan pernah putus berdoa. Teruskan berdoa tanpa rasa penat.

Sumber : FB Nurul Kasmadillawati Zakaria

P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *