Kes Pecah Amanah Duit Anak Mangsa Kemalangan DUKE. Akhirnya Menteri Bakal Campur Tangan !!!

| October 21, 2016 | 1 Comment

Kes Pecah Amanah Duit Anak Mangsa Kemalangan DUKE. Akhirnya Menteri Bakal Campur Tangan !!! | Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan campur tangan jika sekiranya hak penjagaan dua beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya pada Mei tahun lalu, gagal diselesaikan anggota keluarga.

fdgdg

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang kecewa dengan perebutan hak penjagaan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan adiknya, Nur Firuza Aqilah, 5, berkata: “Jika keadaan luar kawalan, kami akan campur tangan.

“Kami memang ada hak mengambil penjagaan anak ini (diletakkan di institusi kebajikan) bagi kepentingan kanak-kanak itu.

“Namun, ia adalah pilihan terakhir. Apa yang saya utamakan ialah mereka diberi kasih sayang sepenuhnya.”

Ibu bapa dua beradik itu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta bayi perempuan tujuh bulan mereka, Nur Annisa Firuza maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), pada 2 Mei tahun lalu.

Menurut Rohani, beberapa hari selepas kemalangan itu, anggota keluarga dua beradik itu sepakat menyerahkan hak penjagaan kepada seorang anggota keluarga namun kini mereka pula bertelagah mendapatkan hak penjagaan.

“Pada masa itu, mereka memberi jaminan kepada kami. Ketika itu, saya amat gembira kerana ahli keluarga sepakat menjaga dua beradik itu dan JKM mahu hak penjagaan diberikan kepada ahli keluarga terdekat.

“Kini, apa yang berlaku amat mengecewakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pembangunan Wanita dan Keluarga di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sedang mendapatkan maklumat dan laporan lengkap berhubung keadaan dua beradik itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Ia adalah pertikaian keluarga. Saya harap mereka dapat selesaikannya supaya berada pada keadaan terbaik untuk menjaga dua kanak-kanak itu,” katanya

Dua beradik itu kini dijaga Yusnidah Hussain, 48, kakak Allahyarham Fairuz Niza yang mendapat hak penjagaan sementara Amira dan Aqilah daripada mahkamah.

Namun, berlaku pertikaian berkaitan wang sumbangan orang ramai antara Yusnidah dengan adik beradiknya menyebabkan masalah itu ibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sumber : Mymetro

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Norhana says:

    Menteri tu silap kot..bkn berebut penjagaan tapi duit yang kena rembat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *