HEBOH Punca Kebakaran ICU HSA Berpunca Telefon Dicas. Bomba Jelaskan Keadaan SEBENAR !!!

| October 27, 2016 | 0 Comments

HEBOH Punca Kebakaran ICU HSA Berpunca Telefon Dicas. Bomba Jelaskan Keadaan SEBENAR !!! | Johor Bahru: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor hari ini menafikan kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berpunca daripada telefon bimbit dicas seperti didakwa dalam media sosial.

JOHOR BAHRU 27 OCTOBER 2016. Sebuah jentera dan dua kenderaan forensik Bomba kelitan berada di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, sementara itu lokasi kejadian mendapati kerja pembersihan tidak dijalankan pagi ini kerana memberi laluan kepada pihak forensik Bomba menjalankan kerja siasatan.NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Johor Mohd Rizal Buang berkata, punca sebenar kejadian belum dikenal pasti kerana siasatan kebakaran masih dilakukan.

Beliau berkata, pasukannya masih menjalankan siasatan dan mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk dibawa ke makmal ibu pejabat JBPM negeri selain merekod dan menemubual saksi kejadian.

“Saya sendiri yang mengetuai operasi itu…saksi memberitahu kebakaran berpunca dari bilik rawatan. Bilik rawatan cuma ada peti ais yang menempatkan ubat-ubatan…itu sahaja yang kita nampak di lokasi itu,” katanya di HSA, hari ini.

Mohd Rizal berkata, pihaknya juga menyerahkan kembali kepada HSA untuk tindakan lanjut setelah pemantauan Aras 1, yang ditutup sementara akibat percikan api semalam, didapati tiada bahaya yang boleh menyebabkan kebakaran.

Menurutnya, pasukan bomba sentiasa ditempatkan di HSA ketika operasi pembersihan dijalankan.

Dalam pada itu, Mohd Rizal menyaran semua bangunan, terutama bangunan lama menjalani pemeriksaan tahap keselamatan serta menaik taraf sistem keselamatan.

“Bangunan lama memang kita nasihatkan (diperiksa) kerana boleh mendatangkan masalah. Jika bangunan lama dan dibina mengguna kayu sepenuhnya, itu memang agak risiko,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sudah menyarankan bangunan lama dinaik taraf menggunakan bahan tidak mudah terbakar serta dipasang sistem keselamatan kebakaran, sama ada sistem pasif atau aktif.

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *