Balik Dari Kerja Tengok Anak Curah Susu Atas Netbook. Apa Yang Si Bapa Lakukan Pada Anaknya Buat Ramai BANGGA !!!

| September 23, 2016 | 0 Comments

Balik Dari Kerja Tengok Anak Curah Susu Atas Netbook. Apa Yang Si Bapa Lakukan Pada Anaknya Buat Ramai BANGGA !!! | Mendidik anak ni bukan mudah. Kena ada tatacara dan juga kelembutan dalam ketegasan kita. Orang dulu kebanyakannya guna pendekatan keras dalam mendidik, lebih-lebih lagi bab agama. Tapi takde sampai patah riuk. Orang sekarang ni mungkin banyak yang kononnya guna pendekatan sama, akhirnya jadi mendera pulak.

ffd

Kami share kisah pengalaman lelaki ini dengan anak perempuannya. Menarik, sebab pendekatannya berbeza mengikut usia. Kalau perkara ni jadi macam ni pada korang, apa agaknya tindakan korang masa tu? Jom baca.

Satu hari ketika pulang dari kerja..

Sofia: Walid..walid..tengok ni cantik tak?

Saya: Huish, cantiknyerrrr.. Siapa buat ni?

Sofia: Kak Long laa..sambil tunjuk jari ‘best’..

Saya: (tepuk dahi)..bagus kak long..hebat!

14316916_1411624258850922_2583094941346727851_n 14317522_1411624335517581_7303477385878535442_n

*
Dalam Ekonomi, ada satu teori namanya kos lepas.

Kos lepas adalah barang penganti yang terbaik terpaksa dilepaskan dengan memilih barangan yang terbaik.

Saya bukan nak cakap anak kita ni barang..cuma anak adalah salah satu harta juga kan.

Memilih antara 2 harta, yang mana paling terbaik untuk dipilih?

Pilih netbook yang dicurah susu tu, dengan memarahi dan menengking anak kecil ni tiada guna, benda sudah berlaku. Nanti jiwanya boleh tercalar. Apatah lagi dengan memukul.

Tapi memilih harta utama yang lebih penting dengan memelihara dan mengangkat jiwanya adalah pilihan paling besar. Maka itulah yang lebih wajar.

*
Bila teringat apa yang pernah saya buat waktu kecil lebih teruk dari ni. Saya bersama sepupu Mohamad Khairol Amilin (sori kantoinkan..haha) pernah membakar motor atuk saudara kami.

Dah bakar, lari menyorok dalam bilik.

Satu kampung datang berlari ke rumah atuk untuk padamkan api. Motor hangus rentung..tak dapat diselamatkan.

Malam tu abah suruh pergi jumpa atuk. Kami takut, nak terkencing rasa bila duduk depan pintu rumah.

Masuk dalam rumah,salam cium tangan dan minta maaf. Dan atuk senyum tanpa sedikit pun marah pada kami. Cuma dia berpesan, lain kali hati-hati dan jangan main api.

*
Menjadi nakhoda kapal hidup keluarga, kita perlu belajar berjiwa besar!

 Sumber : FB Firdaus Shahidin

Kredit : OHBULAN!

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *