Bila Aku Tanya. “Anggap La Ayah Aku x Wujud”. Aku TERKEJUT Bila Tau Ayah Dia Sebenarnya Adalah….

| August 10, 2016 | 0 Comments

Bila Aku Tanya. “Anggap La Ayah Aku x Wujud”. Aku TERKEJUT Bila Tau Ayah Dia Sebenarnya Adalah…. | Hai, aku nak cerita ttg sahabat aku. Sahabat aku ni umur 29 tahun. Graduan dri universiti tempatan. Dia ni bijak tp tak banyak cakap. Dia hanya akn jadi hypertalkatif bila dia dah selesa dgn seseorang tu. Aku kenal dia almost 9 tahun.

1

Utk pengetahuan korang, Dia ni jarang bercerita pasal ayah dia. Aku pun tak sedar sampailah masa kitaorg grad. Ayah dia x de, hanya mama dah abang dia je dtg. Dia ni anak tunggal perempuan. So adik beradik dia semua lelaki. Masa tu aku tanya mana ayah dia, dia pandang aku dan cakap ” anggaplah ayah aku tak wujud”. Masa tu aku terkejut la.. Tp muka dia relax je mcm tak de apa2. Then dia pandang aku dan tanya aku, adakah aku sedar yg selama ni dia tidak pernah bercerita ttg ayah dia. Lps aku fikir, sepanjang 9 tahun kitaorg bersahabat mmg dia tak pernah cerita apa2 tentang ayah dia. Selalunya tentang mama or abang dia sahaja.

Dalam hati aku, cekal gila minah ni.

Lps grad, aku dan dia ni posting di negeri yg sama. So banyak la masa kita org spend together. Dlm banyak2 masa tu, one day aku nampak dia menangis beria sampai bengkak mata, hilang suara dan muka kemerahan. Memang Sejak zaman belajar lagi kalau dia nangis selalunya aku akn dia dan bg dia lepas semua dlu barulah aku tanya. Tp kali ni dia menangis non stop sampai aku cuak. Masa tgk tv pun air mata dia still mengalir. Masa tu dah x de esakan ke apa.. Just air mata dia je non stop mengalir. Aku tanya la kenapa. Any happen..? Sbb dia ni baru je balik dri kg pagi tu. Sampai kl jam 8pagi di airport.

Masa ni dia mula bercerita, ayah dia meninggal jam 5 pagi hari tu. Tapi abang2 kandung (anak ayah dia dgn perempuan lain) tidak beritahu dia. Padahal sehari sebelum tu dia dah balik tengok wlpn sepanjang hidup dia ayah dia tak pernah tanya khabar. Dia siap pesan lagi, anyhappen tolong bgtahu. Sbb dia duduk jauh, nak balik on the spot mmg tak dapat la. Masa dia cerita tu, dia menangis beria sangat. Dia kata sejak kecil, dia try jadi terbaik sbb dia nak ayah dia dtg pd hari kecemerlangan sekolah,tp sepanjang 5 tahun dia jd pelajar terbaik ayah dia tak pernah datang. Mama dan ayah dia bercerai dan ayah kawin lain. Dia masuk universiti pun ayah dia tak pernah tanya khabar. Dan ayah dia sendiri tak tahu nama penuh dia. Dia sedih tp katanya its ok ayah tetap ayah.

Bila ayah dia kena stroke, dia balik wlpn dilayan mcm org asing. Tp pesannya jika ada apa2 tlg bgtahu. Tp malangnya, waktu kematian ayahnya dia langsung tak diberitahu. Dia tahu slps call tanya bagaimana keadaan ayahnya pd kakak ipar. Terus kakak iparnya beritahu bahawa ayahnya telah meninggal jam 5 pagi td. Dia call masa tu jam 8 mlm slps balik kerja. So menangis la kwn sy ni, sbb jam 5 pagi dia masih di rumah mamanya dan flightnya ke kl jam 7 pagi.

Dalam esak tangis dia tu, dia beritahu saya..

Emma, sy tak sedih bila ayah tak azankan masa saya lahir, saya tak sedih bila orang lain berikan nama pada saya,sy ok wlpn ayah tak pernah datang melawat saya, saya tak kisah sy menunggu kehadiran ayah setiap kali hari lahir saya, saya sabar menunggu ayah pada hari anugerah kecemerlangan wlpn sy tahu dia pasti tidak hadir, saya redha bila ayah tak datang pada hari graduasi saya..

Tapi saya sangat kisah apabila hak saya sebagai anak dinafikan, saya kisah apabila hak saya untuk melihat ayah saya buat kali terakhir dinafikan.. Saya kisah apabila saya hak saya untuk menghantar ayah saya pd hari terakhir tidak diberi. Apa salah saya? Emma, selagi hayat saya ada, saya tak akan maafkan mereka yg mengambil hak sy.

Dan malam itu, sy melihat pertama kali dia menangis begitu teruk sehingga dia tertidur dgn esakan kecil dan keesokan harinya dia tetap ke tempat kerja. Bila sy tanya adakah dia ok utk bekerja. Katanya “sy pasti ok, 29 tahun tanpa dia (ayah) apalah sangat kesan kehilangan dia pd saya”..tapi dalam hatinya saya pasti ada satu perasaan yang sukar dijelaskan. Sy pasti kesannya hanya bukan itu sahaja.

Pesan saya pd ayah2 diluar sana, jika ditakdirkan anda bercerai atau berpisah.. Anak anda tetap tanggungjawab anda. Jangan abaikan. Kelak pasti disoal kembali. – Emma via IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *