Inilah NOTA BERHARGA Pemberian Dr Zakir Naik Kepada Anak Perempuan Lelaki Ini….

| July 22, 2016 | 1 Comment

Inilah NOTA BERHARGA Pemberian Dr Zakir Naik Kepada Anak Perempuan Lelaki Ini…. | Seperti yang diceritakan oleh FB Dr Taufik Razif (LINK). Alhamdulillah masa 16 April 2016 hari tu sy sempat ke ceramah Dr Zakir Naik yg diadakan di padang Sekolah Imtiyaz, Besut Terengganu. Rasa bertuah sangat sangat sebenarnya bila ada pakar terhebat dalam bidang perbandingan agama dunia sanggup turun padang ke kampung tempat saya membesar. InsyaAllah nota yg sy buat ini akan sy smpaikan pada anak sy suatu hari nanti.

1

Anakku Maryam Soolihah, ini ada beberapa ilmu abi nak kongsi pada Maryam. Maryam jangan pelik tau kenapa abi berkongsi juga fakta dan ayat daripada kitab-kitab suci agama lain. Abi tahu agama Islam la yg paling benar. Abi tahu cuma Al Quran je kitab suci yg tak pernah ada perubahan sejak mula ia diturunkan. Abi tahu cuma Al Quran je kitab suci yg dihafal oleh jutaan manusia yg mana ia membuatkan sangat sukar utk diubah oleh tangan tangan manusia. Jika ada pun pasti akan kantoi akhirnya sebab yg menghafalnya daripada cover ke cover, dari page ke page, dari ayat ke ayat, dari huruf ke huruf sangat amat la ramai!

Tujuan abi nak bagi Maryam catatan ni supaya Maryam boleh mengkaji sendiri sebuah kebenaran. Jangan cuma disuap. Abi taknak Maryam jadi orang Islam kerana abi orang Islam. Abi taknak Maryam jadi orang Islam sebab ummi orang Islam. Abi nak Maryam jadi Islam sebab Maryam dah kaji sendiri dan puas hati bahawa Islam lah agama yg paling benar dan suci.

Jadi abi nak Maryam kaji, kaji dan kaji. Sebuah kebenaran akan boleh dibuktikan dengan kajian. Kebenaran adalah ‘absolute truth’ dan takkan boleh ditumbangkan oleh apa pun hujjah ilmiah dan juga sains. Abi nak Maryam berfikiran kritis. Abi taknak Maryam jadi macam zombi dan macai yg dicucuk hidung oleh sistem dan kebendaan. Abi nak Maryam berpegang teguh dengan kebenaran melalui pencarian dan kajian Maryam sendiri.

Ni catatan Abi untuk Maryam masa abi dengar ceramah Dr Zakir Naik hari tu. Semoga Maryam dapat sesuatu daripada catatan Abi ni.

《 Sedikit Perkongsian Point Penting Dari Ceramah Dr Zakir Naik di Imtiyaz Besut, Terengganu 》

1. Dalam Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lampau ada beribu fakta sains dan tidak ada satupun yang bercanggah dengan “established science”

2. Dr Zakir Naik menjelaskan beliau tidak menggunakan sains untuk membenarkan Al Quran tetapi menggunakan apa yang dianggap oleh kebanyakan atheist sebagai fakta yang superior ( science ) dan menunjukkan bahawa fakta yang superior bagi dirinya ( Al Quran ) mendahului sains. Dr Zakir Naik mengemukakan banyak ayat Quran yang membicarakan tentang ilmu perkembangan embrio di dalam kandungan, ilmu tentang kitaran air, teori Big Bang dan banyak lagi yang mana baru saja ditemui oleh saintis dunia walhal ianya jelas disebutkan oleh Al Quran 1400 tahun lalu.

3. Hanya yang mencipta boleh mengetahui tentang ciptaannya secara detail. Begitu juga Al Quran, banyak fakta sains di dalamnya sudah berjaya dibuktikan dengan sains moden kerana yang menurunkan Al Quran itu adalah pencipta itu sendiri.

4. Ada seorang Non Muslim bernama Carlos bertanya tentang Old Testament dan New Testament. Yang manakah di antara keduanya yang boleh dia percayai. Dr Zakir Naik menjawab, The Last Testement ( Al Quran )lah yang Carlos harus percaya kerana ianya adalah pesanan Jesus itu sendiri seperti di dalam chapter 16 Gospel Of John ” I have yet many things to say unto you, but you cannot bear them now. However when he, the Spirit of truth is come, he will guide you unto all truth: for he shall not speak of himself; but whatsoever he shall hear, that shall he speak: and he will show you things to come. He shall glorify me”.

5. Dr Zakir Naik tidak memaksa Carlos untuk masuk Islam ketika Carlos mengatakan dia belum bersedia walaupun Carlos sudah mengatakan bahawa dia percaya Jesus bukan Tuhan dan percaya bahawa Nabi Muhammad saw adalah Rasul Allah. Dr Zakir Naik mendoakan Carlos mendapat hidayah dan meminta Carlos mengkaji lebih dalam tentang Islam.

6. Dr Zakir Naik menyatakan bahawa beliau sedar beliau mempunyai ramai peminat begitu juga musuh. Beliau juga sedar ada beberapa orang Islam yang tidak menyukai dirinya. Beliau mengatakan beliau terbuka untuk menerima teguran kerana beliau percaya manusia bukan maksum. Beliau cuma meminta orang Islam yang telah menuduhnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam untuk datang bersemuka dengannya atau mengemukakan referensi daripada ayat Al Quran yang bercanggah dengan perbuatannya. Jika ada yang bercanggah, beliau sanggup mengaku salah.

7. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Hindraf yang telah memberinya publisiti percuma. Beliau berkata selepas berita tentangnya dan Hindraf menjadi Headline berita dan suratkhabar, bilangan orang yang akan ke KL untuk mendengar ceramahnya meningkat mendadak.

8. Jika ada Non Muslim yang tidak suka Islam yang tidak berperikemanusiaan, Islam yang menindas wanita, Islam yang tidak percaya sains, Islam yang tidak menggunakan logik ketahuilah bahawa beliau juga tidak suka agama yang begitu. Beliau suka untuk memberitahu Non Muslim bahawa apa yang mereka sangkakan itu bukanlah Islam yang sebenar. Masih banyak Non Muslim menganggap perbuatan Muslim itu adalah Islam padahal bukan semua perbuatan dan tingkah laku Muslim itu adalah Islam

– Dari Taufiq Razif, Abi Maryam Soolihah untukmu anakku –

P/ s : Nota ini juga ditulis untuk anak-anak kita semua. Minta tolong share pada anak-anak kita semua. Semoga ada kesan baik pada diri mereka semua .. KREDIT FB Dr Taufik Razif (LINK)

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *