Ingat Lagi Cerita Lelaki Kahwin Wanita Purdah ? Ni Sambungannya. Lagi SUSPEN !!!

| July 29, 2016 | 8 Comments

Ingat Lagi Cerita Lelaki Kahwin Wanita Purdah ? Ni Sambungannya. Lagi SUSPEN !!! | Aku Fadhil, bekas budak UIA yang pernah menulis tentang kehidupan aku lepas berkahwin. Aku tak sangka kisah tu dapat perhatian ramai. Sungguh aku tak sangka. Dekat 10k jugalah yang like, dan beberapa page2 dah viralkan cerita aku. Aku memula happy juga sebab luahan hati aku ni diambil perhatian. Aku rasa gembira sebab pada awalnya, aku sangka kisah aku tu org x ambil endah je.

1

(Bagi yang belum pernah baca kisah viral lelaki kahwin wanita purdah ni boleh baca kat sini : Dijodohkan Dengan Gadis Berpurdah First Time Tengok Muka Dah Buat Aku TERKEJUT (LINK).

Tapi bila aku bukak komen2, rasa gembira aku tu hilang. Banyak komen negatif berbanding positif. Ramai kecam aku sebab aku luahkan benda tu. Dan paling aku sedih, cerita aku tu dah dipadam oleh page ini. Aku tak faham kenapa dipadam, tapi aku rasa kecewa sebab seolah2 org ramai x percaya dengan kisah hidup aku tu.

2
3
4

Sebab dalam kepala otak masyarakat kita fikir, hanya perempuan saje jadi mangsa keganasan. Semua orang ingat lelaki ni kuat. Dah tu suami macam aku ni macam mana? Siapa nak tolong dan siapa nak backup aku?

Aku sedih dengan komen2 tentang diri aku.

Aku tak tokok tambah pun cerita tentang perkahwinan aku ni. Malah, aku buang sikit cerita supaya xnampak sangat jahatnya isteri aku ni. Kalau siapa yg dah kahwin,nanti dah kahwin nanti kau akan faham perasaan suami terhadap isteri dia.

Walaupun dia benci, tapi dlm hati tetap sayang. Dalam kes aku ni, dia buat mcm mana pun kat aku, aku ada rasa sayang kat dia.

Aku nak tulis sambungan kisah yang terjadi lepas aku kena belasah dengan isteri aku kat luar rumah dan kena tumbuk dengan jiran kami sampai orang2 surau tuduh aku pulak yang belasah isteri aku.

Tapi sebab aku tengok banyak komen negatif terhadap cerita aku, aku rasa cukuplah sampai di sini. Aku memang dah cadang dah nak sambung part II sebab nak habiskan kisah hidup aku bersama dia.

Tapi sebab banyak sangat respon negatif, dicampur lagi dengan cerita aku sebelum ni dah dipadam, aku rasa eloklah aku tak sambung lagi. Post ini hanya nak clarify sahaja komen2 yang orang bagi sebelum ni.

Apapun, cukuplah korang tahu bahawa kami masih suami isteri sehingga kini. Kenapa, bagaimana, dan apa terjadi, cukuplah biar aku dan isteri aku sahaja yang tahu. Aku ada sikit tawar hati dengan masyarakat yang tak habis2 respon negatif pada kisah hidup aku. Terima kasih atas kesudian utk like dan share cerita aku. Terima kasih juga kerana sudi bagi pendapat. Dan minta maaf kalau aku menyinggung perasaan orang lain. Wasalam. – Fadhil via IIUM.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Save

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Sosial

About the Author ()

Comments (8)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Zahariah binti zakariah says:

    saya x komen apa2 yang negatif pasal citer. apa2 yang berlaku, tu semua bahagian masing2, dugaan hidup masing2. toksah lah kecewa/pedulik sangat dengan apa orang cakap. kita dengan hidup kita. orang mmg mcm tu. suka cakap ikut mulut dorang. lantak lah dorang tu. apa pun, knape en x tinggal kan dia. kuasa talak kan ada pade lelaki. en muda lagi, pompuan baik byk kat luar sana. cari dan selesaikan masalah ni.

    • Cheman says:

      Awak pompuan.. awak ingat senang ke nak jatuhkan talak.. cukup banyak si die menanggung dosa.. bg la si die mase untuk perbetulkan mengikut landasan agama.. baek buruksi isteri,itulah yg sang suami nikahi.. begitu juga sebaliknya..

  2. Cheman says:

    Bai.. zaman sekarang cume tinggal 5persen je wanita sejati.. gua xsalahkan lu. Sebab gua pun alami ape yang lu alami

  3. myra says:

    ala…pedulikan la masyarakat sekarang nie…mraka tak kena lagi..suatu hari nanti,..mereka akan terasa juga..percayalah..

  4. sakura says:

    Alaaa… saya nak tahu cerita.. saya suka baca dan ambil tahu apa yang jadi sebenarnya.. encik jauhi la orang2 yan bersikap negatif ni.. mereka banyak mengata dan tak puas hati sahaja.. bila terkena dekat batang hidung atau keluarga dan saudara sendir nanti.. baru tahu..

  5. sakura says:

    Saya nak tahu cerita.. saya suka baca dan ambil tahu apa yang jadi sebenarnya.. encik jauhi la orang2 yan bersikap negatif ni.. mereka banyak mengata dan tak puas hati sahaja.. bila terkena dekat batang hidung atau keluarga dan saudara sendir nanti.. baru tahu..

  6. aifah says:

    Encik boleh sambung x? Saya nk thu ending dia.. Bg saya, x mustahil situasi cmni wujud cma sya ksal dgn masyarakat yg ska judge ikut luaran seseorang. Dan saya pon pernah jmpa org yg mcam ni tpi situasi saya x struk encik 😅 n dri situ sya bleh lihat yg sikap seseorang tu tak semestinya bergantung dri segi cara pemakaian…tpi ats dri sndri mcm mna kita nak bentukkan sikap kita. But the most important sya sedar yg setiap manusia tu x sempurna… Apa pun sya hrap dan doakan en truskn bersabar dlm membimbing isteri en..

  7. fieykoh says:

    bai aku nk tau sambungan nye bai!! aku ade bukak nk bace sambungan nye hais pasal last part kau ckp korang masih bersuami isteri, nk tau ape kau lalui last part.. bole jd sebagai pengajaran buat masyarakat betapa kuat nye kesabaran kau.. MESTI HAPPY ENDING NYE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *