Gadis Ni DAPAT KERJA Sebelum Graduate. NAIK PANGKAT Tiap2 Tahun. Ini RAHSIANYA !!!

| July 28, 2016 | 1 Comment

Gadis Ni Dapat Kerja Sebelum Graduate. Naik Pangkat Tiap2 Tahun. Ini RAHSIANYA !!! | Bismillah.. Akhir-akhir ni ada yang PM mintak saya share tips dan tricks macam mana saya boleh dapatkan full time job sebelum convo, dan cepat naik pangkat. Beginilah, saya berkongsi pengalaman untuk adik2 dan mereka2 yang masih menganggur jadikan reference dan tauladan. Apa yang best contohilah, yang x best tu jangan la ikut nak buat jugak.

1
2
3
4

1. Build relationship with your superior. Kalau nampak diorang lunch sorang-sorang, offer la diri untuk jadi peneman di meja makan. Bukan nak ampu ke ape, tapi cuba la memahami bos korang tu sebagai seorang individu biasa jugak. Bercerita la mengenai family, hobi, resepi, tempat shopping yang best (ni contoh untuk bos – employee dua2 perempuan) etc. Mesti bos korang akan appreciate kaw-kaw, lama-kelamaan akan jadi senang je nak berbual dengan bos. Rapatkan jurang itu penting. InsyaAllah lama-lama jurang position korang dengan dia pun akan rapat jugak.

2. Cuba selesaikan masalah company walaupun bos tak mintak korang settlekan problem pun. Okay, trick yang ni susah sikit kalau korang takde pengalaman bekerja. Bagi saya, pengalaman tiga tahun bekerja di company kecil sebelum ni banyak membantu, maklumlah, saya tapau semua kerja kat situ, dari HR, Finance, Admin sampai Maintenance pun saya boleh buat. Jadi, training ground tu penting. Jangan baru graduate dah ngade-ngade nak kerja dengan company besar-besar. Biasenye kat tempat besar-besar ni diorang xde bagi chance untuk uolls buat silap, apatah lagi nak trial and error dengan idea-idea korang yang belum ada pengalaman bekerja. Macam mane pulak nak berkongsi idea dengan bos? Di sinilah pentingnya tips kat atas tu, kena build relationship dengan bos dulu.

3. Jangan malas dan kedekut nak melabur dalam pendidikan dan self-upgrading. Tahun kedua saya bekerja, saya sambung belajar Master secara part time selama 5 tahun. Boleh aje sebenarnye nak selesaikan semuanya dalam 3 tahun, tapi apakan daya, kena ambil subjek sikit-sikit sebab saya bayar yuran guna akaun 2 EPF. Baru kerja kan.. jadi akaun 2 pun ngam-ngam sangat. Saya rasa dengan qualification Master ni la company yakin untuk naikkan saya pangkat lagi. Cabaran kerja sambal belajar ni memang betul-betul menguji ketabahan. Ramai juga classmate kelas MBA yang quit tengah jalan. Jadi kena stay strong and focused. Sambung belajar sementara masih muda dan bujang, sangat membantu.

4. Work smart. Kalau nak diikutkan, saya suka ambil jalan short cut kalau bekerja. As long as outcome betul, saya akan sentiasa cari jalan singkat untuk membolehkan kerja lebih cepat siap, tapi tetap accurate. Ni sebenarnya kelebihan orang malas (memang saya malas tahap gaban sebenarnye). Diorang akan lebih focus sebab xnak buat kerja ulang-ulang. Kalau boleh semua benda nak cipta template dan jadikan automated. Biar senang hidup lepas ni. Dari file manual guna tracking MS Excel, saya pindahkan data company ke platform lain yang lebih automated dan user-friendly. Di sinilah pentingnya self-upgrading kat atas tu. In the same time, kita tolong settlekan masalah company.

5. Sentiasa letak diri uolls lebih tinggi dari kedudukan sekarang. Haaa.. kalau pangkat korang Junior Executive, cubalah fahami kerja dan requirement seorang Senior Executive. Apa yang kurang dalam diri sekarang cubalah perbaiki, sampailah setanding dan sesuai untuk bos tuai korang dan dinaikkan pangkat ke Senior Executive. Memang benar kita dibayar gaji untuk bekerja, tapi jangan letak amaun gaji tu sebagai tanda pengukur usaha kita, Kalau kita dibayar RM2000, bekerja la macam kita dibayar RM3000. InsyaAllah, bos kita akan upkan gaji setanding dengan usaha kita yang lebih tu. Bagi saya, ni trick paling penting, sebab point ni lah pencetus usaha. Nescaya bos korang akan rasa bersalah sendiri kalau tak naikkan jawatan korang.

Okaylah, tu je kot yang saya nak kongsi. Doakan saya lebih maju jaya. Awal tahun ni bos ada tanya saya “how high do you wanna go in this company?”, dengan laju saya jawab “as high as you will let me be”. Ingat, kita berusaha, tapi Allah yang tentukan, dengan asbab bos kita jugak yang naikkan gaji dan pangkat. Sekian. – Akak Sporting via IIUM

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mazlan katan says:

    info terbaek yg saya jumpa.terima kaseh atas perkongsian pengalaman ini..pengalaman yg memotivasikan diri saya, juga pada yg membacanye.semuga pn terus maju dan maju lagi..harapan saya dpt mengikuti perkembangan pn seterusnye sekiranya tiada keberatan..akan saya sampaikan pula pada yg lain mungkin.last but not least…terima kaseh daun keladi..assalamualaikum dari saya yg tk punya apa apa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *